Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : GOOGLE
Assalamualaikum W.B.T
Sifat boros adalah sifat bagaimana seseorang itu berbelanja secara berlebih-lebihan atau secara berlebihan tanpa ada keperluan. Wang adalah sumber keperluan utama sesebuah keluarga. Cara belanja atau pengurusan wang sering menjadi punca utama konflik kepada pasangan suami isteri.
Berikut tip-tip yang boleh diamalkan :-
- Berazam tinggi untuk menjadi seorang yang suka berjimat cermat. Apabila sudah berazam, kawal keinginan dan nafsu untuk berbelanja melalui displin dan semangat diri yang teguh dan tetap pendirian.
- Merancang perbelanjaan mengikut mingguan dan bulanan. Pastikan menyediakan peruntukkan wang dalam tabung simpanan.
- Mengutamakan perbelanjaan bagi perkara yang paling penting.
- Kreatif mengurus perbelanjaan keluarga seperti membeli barang terpakai, mengubahsuai barang lama, menjimatkkan penggunaan elektrik dan air, menanam sayur sendiri dan lain-lain lagi.
- Elakkan berhutang dan berbelanja menggunakan kad kredit.
- Jangan menyimpan wang saku secara berlebihan terutamanya semasa keluar membeli belah. Ini kerana lebihan wang akan menyebabkan peluang untuk kita berbelanja lebih.
- Dapatkan keiziznan dan pendapat suami dahulu sebelum berbelanja.
Peranan sebagai isteri dalam institusi keluarga di mana isteri yang memegang tampuk pengurusan keluarga perlu merancang kewangan dan berjimat cermat apabila berbelanja. Apa yang penting dalam konsep jimat cermat adalah merancang pengagihan kewangan supaya semua matlamat keluarga mendapat agihan yang mencukupi. Ingatlah, ekonomi yang stabil adalah asas kestabilan intitusi keluarga. Pengaliran wang yang tidak terkawal boleh meretakkan hubungan dalam keluarga.
No comments:
Post a Comment