Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google
Assalamualaikum W.B.T
Saya ingin mengongsikan ilmu tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Aminah. Usatazah Aminah juga ada menerangkan tentang hubungan manusia dengan Allah. Hubungan antara Allah dan yang diciptakanNYA iaitu manusia adalah suatu hubungan yang tidak mungkin dipisahkan. Manusia sebagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, wajiblah kita beriman kepadaNYA dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH SWT.
ANTARA PEKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT :-
- Jangan takut akan berkurang rezeki, takut susah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Oleh kerana gedung rezeki Allah tidak pernah berkurangan dan Allah pasti akan memberi rezeki kepada hambanya yang mengejar kekayaan akhirat dengan menyediakan bekalan ibadah kepada ALLAH. Jaga AKHIRAT, Selamat Dunia.
- ALLAH bertanggugjawab dengan hambaNYA. Begitu tinggi kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Jadi kita sebagai hambaNYA, hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti amal ibadah kita kepada yang MAHA ESA untuk menunjukkan kasih sayang kita kepad ALLAH. Lakukan perkara kebaikan dan tidak lakukan kejahatan.
- Jangan mudah dengan tipu daya syaitan. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berdoa agar diteguhkan keimanan dan istiqamah di jalan ALLAH.
- Allah yang menyediakan duniawi dan menyediakan pilihan samada kebaikan atau kejahatan. Hendak merasai nikmat ALLAH, pastinya pilihlah jalan kebaikan.
- Tanamlah sifat takut kepada ALLAH. Sebut nama ALLAH dan sebut dan ingat kematian.
- Redha dengan setiap dugaan atau bala yang diturunkan Allah. Allah pasti akan menguji keimanan setiap hambanya dengan memberi dugaan atau bala. Muhasabah diri dan kukuhkan hungbungan dengan ALLAH.
- Tuntutlah ilmu ALLAH selama mana hidup. Kita berhajat kepada ALLAH, tetapi mengikari tuntutan ALLAH. Oleh itu, perbaiki diri menjadi hamba yang baik. Diri sendiri sudah bersih, berhajatlah kepada ALLAH. Pasti ALLAH akan memakbulkan hajat hamba yang berdoa kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment