Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : GOOGLE
Assalamualaikum W.B.T
Saya merupakan seorang anti perokok. Rokok merupakan benda yang paling saya benci. Ini kerana apabila berada di kedai makan ataupun restoran yang tiada amaran "DILARANG MEROKOK", perokok selalunya apabila selesai makan pasti akan menghisap rokok dan berkepul-kepul asap rokok memenuhi ruang udara. Tiada langsung rasa bersalah bila mencemarkan alam sekitar. Memang ini situasi yang paling dibenci dalam kamus hidup saya.
Sebenarnya ramai perokok sedar bahawa rokok membahayakan kesihatan kerana kandungan yang terdapat dalam rokok adalah bahan yang berbahaya. Ia bukan sahaja berbahaya kepada kepada si perokok, malah kepada sesiapa sahaja yang turut menghidu asap rokok. Keadaan ini lebih bahaya kepada isteri yang hamil kerana apa yang dimakan ataupun dihidu, ianya akan diserap dan akan sampai kepada janin. Jika ibu terhidu, kemungkinan berlaku kecacatan adalah tinggi.
Tabiat ini perlu dihentikan segera kerana ternyata tidak membawa faedah pada diri dan orang sekeliling. Bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan, malah ornag merokok kelihatan kurang sopan, nafas berbau busuk.
Panduan bagi Menghentikan Tabiat Merokok :-
- Sentiasa mempunyai aktiviti yang berfaedah. Seandainya dihantui kebosanan, isi masa dengan aktiviti bermesra dan bermain dengan isteri dan anak-anak.
- Berazam dan berusaha untuk berhenti. Mungkin sukar pada peringkat permulaan untuk berhenti secara drastik, tetapi berusahalah mengurankan bilangan rokok yang dihisap setiap hari sedikit demi sedikit sehingga tiada nafsu untuk merokok.
- Menjauhkan diri daripada pengaruh rakan-rakan. Jauhkan diri dan cuba elakkan pengaruh rakan-rakan. Jika perlu adalah lebih baik tidak bercampur dengan rakan yang tidak menghormati keputusan anda untuk berhenti merokok.
- Membiasakan diri dengan amalan berpuasa. Puasa boleh membantu untuk mencegah keinginan untuk merokok.
- Mengamalkan cara hidup yang sihat. Perbanyakkan riadah dan beribadat. Ini penting kerana tekanan dan masalah hanya mendorong untuk memilih rokok sebagai jalan untuk tenteramkan diri.
- Mendapatkan maklumat mengenai bahaya rokok.Berjumpa dengan pakar kaunseling bagi mendapatkan pengetahuan dan nasihat untuk berhenti dari tabiat merokok.
- Bantuan makanan tambahan yang tinggi kadar antioksidannya seperti VIVIX SHAKLEE. Di bawah ini testimoni mereka yang sudah berjaya berhenti merokok dengan bantuan VIVIX.
- rokok terasa sangat pahit.
- selera makan bertambah
- sudah tidak beli merokok apatah lagi sentu dan menghisap rokok.
- nampak semakin berisi
Untuk konsultasi dan berminat untuk mendapat produk shaklee atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya .
sms/pm/whatsapp : 0134891885
email : sitishawalriahsharif@gmail.com
FB: Ctshawal Sharif
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment