Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI
Assalamualaikum W.B.T
Sungguh tenang dan damai apabila berada di kampung. Rumah dikelilingi dengan pohon yang dilebati dengan hasil buah. Rumah abah dikelilingi dengan pokok rambutan. Alhamdulillah, kepulangan kali ini disambut dengan kemeriahan buah rambutan dan buah manggis. Sungguh nikmat apabila merasai hasil tanaman abah. Tidak perlu beli, tetapi hanya perlu petik di pokok.
Abah membuat keputusan yang tepat apabila mahu berhijrah dan menetap di FELDA LAWIN SELATAN. Dengan keluasan tanah yang agak luas, maka abah berpeluang untuk menanam pelbagai pokok buah dan pokok lain. Apabila di ingat kembali waktu permulaan berhijrah ke FELDA, begitu kuat sekali abah dan emak menempuh cabaran dan dugaan. Sungguh nikmat itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang gigih.
Nikmatnya berada di kampung halaman. Begitu tenang dan aman serta kagum dengan semangat kejiranan yang sangat kuat antara peneroka. Semoga generasi di FELDA sentiasa bersyukur dan ingatlah perjuangan ibubapa yang telah bersusah payah berjuang sewaktu era permulaan penubuhan perkampungan FELDA.
No comments:
Post a Comment