Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI
Assalamualaikum W.B.T
Akibat terlalu lama bercuti dari menulis coretan dalam blog ini, maka bukan mudah untuk mengumpul kembali semangat untuk menulis. Pengajarannya adalah menulislah setiap hari walaupun hanya coretan yang pendek. Ini merupakan peringatan dan pengajaran yang sangat penting dalam memastikan momentum menulis sentiasa aktif.
Cuti hujung minggu yang lalu diisi dengan peluang untuk balik ke tanah FELDA LAWIN SELATAN. Alhamdulillah, memang niat awal untuk pulng ke kampung adalah untuk membuat majlis makan-makan untuk menyambut hari kelahiran anak yang kedua. Tetapi, abah dan emak membuat keputusan untuk membuat majlis doa selamat dan kesyukuran bagi meraikan hari kelahiran cucunya yang kedua serta kejayaan adikku yang sudah tamat pengajian diploma. Walaupun dibuat secara sederhana dan agak kelam kabut kerana tiada persediaan awal, tetapi majlis berjalan dengan lancar. Sungguh hati sangat gembira kerana melihat kepuasan pada raut wajah abah dan emak. Jom layan gambar sekitar majlis.
PERSEDIAAN RENDANG |
RENDANG AYAM |
PULUT KUNING |
MAJLIS DOA SELAMAT |
AAKIF POTONG KEK |
Begitu besar nikmat yang diperolehi apabila kita menyediakan makanan kepada orang ramai. Memberi jamuan itu termasuk ibadah yang terpuji dan dianjurkan kerana ia termasuk sedekah yang dianjurkan oleh islam.
No comments:
Post a Comment