6 CARA LANCARKAN PROSES KELAHIRAN
Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google
Assalamualaikum W.B.T
Pengalaman melahirkan 2 orang anak secara normal merupakan anugerah dan pengalaman yang paling indah, alhamdulillah. Walau pada zahirnya nampak perit, kita sebagai umat tetap redha dengan ketentuanNya. Petua mudah bersalin sering di 'google' oleh setiap wanita termasuklah diri saya sendiri.
Sakit bersalin memang sukar nak digambarkan melainkan kita sendiri yang laluinya. Doa, redha dari suami dan ibu sangat2 diperlukan. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza. Walaupun dah anak ke berapa kita lahirkan anak, ilmu dan persedian untuk melahirkan anak PERLU ADA supaya nanti kita tak panik bila 'moment' tu tiba.
Antara petua mudah bersalin yang boleh diamalkan:
1) BERSENAM
Ini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang betul apabila proses bersalin bermula sekaligus mengurangkan tempoh masa bersalin. Tanya pendapat doktor jenis senaman yang sesuai untuk ibu hamil amalkan.
2) SENAMAN LANTAI PELVIK
Senaman ini dapat mengurangkan tempoh masa di fasa kedua proses kelahiran
3) BERJALAN
Jangan hanya berbaring. Biarkan graviti membantu dengan sambil berjalan dapat mengurangkan rasa sakit dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tempoh bersalin.
4) BERTENANG
Jangan kelam-kabut dan gelisahkan diri. Aplikasikan teknik pernafasan yang betul sepanjang berda dalam bilik bersalin.
5) URUTAN
Dapatkan bantuan suami untuk mengurut bahagian tubuh yang mengalami ketidakselesaan terutamanya di bahagian belakang.
6) BANYAKKAN BERZIKIR DAN BERDOA DIPERMUDAHKAN URUSAN BERSALIN
Amalan rohani jangan sesekali kita lupa. Banyakkan membaca Al Quran, baca Yaasin terutama sebulan terakhir sebelum melahirkan, solat fardhu disegerakan jangan ditangguh, solat taubat, dhuha dan zikir yang tak lekang di bibir. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa dan selepas bersalin.
Selain itu sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan ESP dan ostematrix disamping vitamin-vitamin lain. Dari sebelum hamil lagi saya sudah makan ESP dan ostematrix. ESP dapat membantu memberi tenaga yang segera kepada badan serta nutrien-nutrien yang di perlukan oleh badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3
SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...
-
MIYAO-TOKI - JUALAN MURAH PRODUK SERAMIK TERUS DARI KILANG. Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Sendiri & FACEBOOK Assalamua...
-
PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Sendiri Assalamualaikum W.B.T Apa agaknya perasaan ibuba...
-
AGEN SHEPHERD PIE Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Sendiri Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, di sini saya ingin menguar...
No comments:
Post a Comment