Tuesday, August 2, 2016

IDEA MAKAN MALAM

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA TANPA SOS PREGO

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Sendiri

Assalamualaikum W.B.T

Sudah kekeringan idea untuk memasak untuk hidangan makan malam? Apa kata, tukar selera makan spaghetthi pula. Resepinya sangat senang dan bahan-bahan yang senang diperolehi. Boleh juga dijadikan menu untuk menjamu tetamu yang bertandang ke rumah.

Bahan-bahan untuk SOS CARBONARA

  • Butter @ Minyak zaitun
  • Bawang Putih - 5 ulas dicincang halus
  • Bawang Holland - 1 biji bersaiz sederhana dipotong dadu
  • Ayam / Udang / Sosej / Ham - ikut apa yang tersedia dalam peti ais.
  • Tepung Gandum - 1~ 2 sudu besar
  • Susu Segar - 2 kotak kecil (400 ml)
  • Air - 1 cawan
  • Herba Campuran (mix herb)
  • Lada hitam di tumbuk
  • Cheese - 2 keping
Cara masak Sos Carbonara
  • Panaskan Butter atau minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland. Goreng hingga naik bau dan warna.
  • Masukkan protein seperti ayam atau udang atau sosej. Kacau seketika.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikt sambil mengacau. Tepung bertujuan untuk meliatan kuah.
  • Masukkan susu segar dan sedikt air. Kacau sekitika smpi mendidih.
  • Masukkan lada hitam, herba campur(mix herb), cheese dan garam secukup rasa. Hati-hati leta garam kerana cheese sudah ada rasa masin.
  • Siap sos carbonara tanpa prego. 
  • Boleh di makan panas-panas bersama spagetthi.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...