Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Sendiri & FACEBOOK
Assalamualaikum W.B.T
Sungguh bertuah dan beruntung penduduk yang menetap di sekitar KULIM atau SEBERANG PERAI kerana setiap 3 bulan pasti ada JUALAN MURAH PRODUK SERAMIK terus dari kilang. Kilang pinggan mangkuk yang berada di kawasan perindustrian KULIM. Hari minggu yang lalu, saya telah berpeluang untuk membeli belah pinggan mangkuk. Dalam tahun ini sahaja, sudah 3 kali saya pergi. Seronok dapat beli pinggan murah yang berkualiti tinggi, ala-ala pinggan hotel.
Pinggan mangkuk dari kilang ini dijual murah kerana ada sedikit reject defect.Bukan reject sebab retak ke sumbing tetapi hanya cacat design. Tetapi bagi kita hendak mersa pinggan yang berkualiti ini, bolehlah membeli dengan harga yang sangat berbaloi. Siap boleh masuk microwave lagi...Terbaik!! Jom layan gambar :-
Apabila pihak kilang buat SALE GILA-GILA ataupun HAPPY HOUR !!Memang sangat murah harga pinggan yang di LELONG.Harga pinggan hanya SERINGGIT & DUA RINGGIT sahaja sekeping!! ? Tetapi kena ada kemahiran berebut yang hebat sebab memang ramai sangat orang berasak-asak.Yang jenis malu-malu kucing, memang dapat dekat orang lainla.
Kilang ini akan mengadakan lagi JUALAN MURAH pada 30 SEPTEMBER 2016 ~ 3 OKTOBER 2016. Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli pinggan ala-ala hotel ini.
No comments:
Post a Comment