Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google
Assalamualaikum W.B.T
Pada 8 Ogos 2016 bersamaan 3 Zulkaedah 1437H, saya berpeluang mengikuti tazkirah dhuha di surau Taman KTC 3. Banyak ilmu yang dipelajari. Begitu tegas Ustazah Aminah menyampaikan tazkirah. Sungguh berharga ilmu yang diberikan. Suka di sini saya mahu kongsikan sedikit ilmu. Salah satunya adalah faktor-faktor yang menyebabkan kita mudah menjadi pelupa.
Pandangan alim ulamak menyatakan faktor di bawah boleh menyebabkan penyakit lupa.
1) Banyak Dosa.
2) Buah-Buahan yang Masam - Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.
3) Membaca nama2 di batu nisan kubur.
4) Berbekam pada tengkok kepala.
5) Berjalan atau melalui unta yang dirakit.
6) Membaca nama yang tertera di batu nisan kubur
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Kepada yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat sama seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
Sering bercakap bohong : Sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
Selalu memungkiri janji : Tidak menepati janji boleh menyebabkan lupa.
Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
- Jangan abaikan solat lima waktu
- Perbanyakkan solat sunat
- Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
- Selalu berdoa kepada Allah SWT
- Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
- Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
No comments:
Post a Comment