Thursday, August 25, 2016

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3

Assalamualaikum W.B.T

Sudah hampir 3 tahun saya berpindah dan menetap di TAMAN KTC 3 KULIM HI-TECH. Tetapi baru sahaja beberapa bulan ini saya bergaul dan bersosial dengan kaum ibu di taman KTC 3 ini. Apabila diimbas kembali, ruginya saya kerana tidak melibatkan diri dengan aktiviti sosial dari awal berpindah ke taman ini. Bermula dari aktiviti surau, kenduri ataupun apa sahaja aktiviti mesti dilakukan secara bergotong royong. Sungguh, masyarakat yang menetap di taman KTC3 ini begitu rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Setiap hari, minggu ataupun bulan, pasti ada sahaja aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti SURAU AR-RAHMAN KTC3

AJK surau Taman KTC 3, sentiasa akan menjemput ilmuan agama untuk memberi ceramah sebagai santapan rohani masyarakat di sekitar sini. Selain itu, pelbagai aktiviti di lakukan di surau ini seperti kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, bacaan Yasin, aktiviti memanah dan lain-lain lagi. Dengan ukhwah yang terjalin, aktiviti yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan diberkati. 


GOTONG ROYONG MEMASAK 

JAMUAN MAKAN

Aktiviti POTLUCK

Ibu-ibu KTC 3 selalu buat jamuan makan. Malah aktiviti berlaku pada setiap hari tetapi berlainan rumah. Menarik kan. Ibu-ibu di sini saling mengambil giliran untuk mengadakan jamuan makan. paling menarik adalah, tuan rumah tidak perlu menyediakan makanan yang banyak tetapi cukup sekadar satu hidangan. Ini kerana, rakan-rakan yang akan bertandang ke rumah juga akan membawa hidangan masing-masing. Ini merupakan aktiviti yang sangat menarik di samping dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.






Begitu rapatnya hubungan antara jiran tetangga yang diamalkan oleh penduduk KTC 3. Seperti yang dinyatakan dalam islam, menjaga hubungan antara jiran ataupun tetangga merupakan satu kewajipan dan amat mulia diamalkan. Seperti dalam firman Allah SWT sebagai berikut:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ

وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh , dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”. (QS. An-Nisa ayat 36)

Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara penduduk KTC 3 ini semakin kuat, harmoni serta dapat memberi teladan kepada penduduk sekitar. 


2 comments:

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...