Thursday, August 18, 2016

PERJALANANKU MENEMPUHI KELAS ABDR

PERJALANAN ABDR 2014 ~ 2016

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : ABDR

Assalamualaikum W.B.T

Begitu sukarnya perjalanan saya untuk menghabiskan kelas online asas blog penulisan dan bisnes ini. Tetapi perjalanan yang panjang itu sangat berbaloi dan tidak ternilai harganya. Walaupun pada permulaanya agak sempurna iaitu saya berguru dengan Pn Khairunnisa Hamzahara, tetapi tidak sampai separuh jalan, cikgu nisa mengalami masalah untuk meneruskan kelas online bersama saya. Saya diserahkan kepada Pn Masayu Ahmad. Saya berasa sangat kecewa, sedih dan terus hilang semangat. Begitu lama berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Akhirnya pada JULY 2016, saya sendiri menghubungi Pn Masayu Ahmad dan menyatakan hasrat untuk meneruskan kelas asas blog penulisan dan bisnes ini. Alhamdulillah keputusan yang diambil adalah tepat dan akhirnya saya dapat menghabiskan 44 entri yang ditugaskan walaupun perjalanannya hampir 3 tahun. Dengan pakej RM300.00, peluang menyertai jemaah ABDR sangat berharga dan tidak ternilai dengan harganya. Ilmu yang diberikan sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis serta bisnes. 

Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata. Walaupun perjalanannya sukar dan panjang yakinlah ALLAH pasti akan memberi petunjuk yang terbaik.

Justeru, andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah (ABDR). Ahli jemaah dalam ABDR merupakan kumpulan sokongan yang terbaik serta saling memberi bantuan dalam bentuk pandangan ataupun ilmu yang mereka ada.

Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah:-

  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes secara online ataupun atas talian.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan. 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM. 
  • Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

  • Menulis secara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu yang formal. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pembaca suka dan berkunjung lagi ke blog kita.
  • Membina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk mendapatkan momentum kemahiran menulis secara baik.
  • Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak mengetahui cara yang betul dan tepat, menulis boleh dilatih jika mengetahui teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Bagi kepada golongan wanita yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah ABDR merupakan platform terbaik. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan usaha, doa dan harapan, pastinya Allah akan permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


No comments:

Post a Comment

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...