Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google
Assalamualaikum W.B.T
Memang saya agak kurang menggemari apabila rumah bersepah dengan barang permainan anak-anak. Tetapi apabila mengetahui bahawa kepentingan bermain dalam proses perkembangan anak kecil, ibu bapa hendaklah bersabar dan meluangkan masa untuk bermain bersama-sama anak.
Bermain bukan bermakna melambakkan alat mainan yang mahal di depan anak. Sebaliknya permainan yang baik adlah permainan yang mampu mengeluarkan potensi diri anak-anak. Bermain merupakan aktiviti yang penting untuk kehidupan kanak-kanak.
Permainan bukan sahaja membantu kreativiti, malah boleh membantu kanak-kanak untuk berkeyakinan lebih tinggi kurang tekanan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamatnya tercapai, si kecil akan berasa puas dan ini akan membantu membina keyakinan diri.
Berikut jenis permainan yang boleh dipraktikkan :-
AKTIF, PERMAINAN FIZIKAL
Kanak-kanak sepatutnya menjadi seorang yang aktif dan cergas. Oleh itu aktiviti seperti berlari, berpusing, bermain buaian atau berguling-guling boleh membantu.
DRAMATIK, PERMAINAN IMAGINATIF
Jenis permainan ini adalah jenis permainan yang boleh mengembangkan daya imaginasi si kecil. Contohnya melakonkan watak dalam siri cerita dogeng rakyat.
KREATIF, PERMAINAN EKSPRESIF
Kanak-kanak bebas untuk mencipta apa sahaja yang bermain di minda mereka. Ia termasuk melukis, memotong, menjahit, melukis, membina, memintal dan menulis.
PERMAINAN SOSIAL
Permainan sosial adalah kaitan dengan interaksi dengan orang sekeliling terutama dengan kanak-kanak lain. Aktiviti permainan sosial melibatkan permainan yang melibatkan kumpulan, bercakap antara satu sama lain seperti bermain pondok-pondok.
PERMAINAN MENTAL
Permainan mental ialah aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Contohnya mengingati permainan kad imbasan.
Kesimpulanya di sini, berikan kebebasan untuk anak kecil kita bermain dengan sepuas hati. Jangan dihalang dan dimarahi sekiranya melakukan kesilapan tetapi membuat teguran secara berhemah.
No comments:
Post a Comment