Thursday, August 25, 2016

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3

Assalamualaikum W.B.T

Sudah hampir 3 tahun saya berpindah dan menetap di TAMAN KTC 3 KULIM HI-TECH. Tetapi baru sahaja beberapa bulan ini saya bergaul dan bersosial dengan kaum ibu di taman KTC 3 ini. Apabila diimbas kembali, ruginya saya kerana tidak melibatkan diri dengan aktiviti sosial dari awal berpindah ke taman ini. Bermula dari aktiviti surau, kenduri ataupun apa sahaja aktiviti mesti dilakukan secara bergotong royong. Sungguh, masyarakat yang menetap di taman KTC3 ini begitu rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Setiap hari, minggu ataupun bulan, pasti ada sahaja aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti SURAU AR-RAHMAN KTC3

AJK surau Taman KTC 3, sentiasa akan menjemput ilmuan agama untuk memberi ceramah sebagai santapan rohani masyarakat di sekitar sini. Selain itu, pelbagai aktiviti di lakukan di surau ini seperti kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, bacaan Yasin, aktiviti memanah dan lain-lain lagi. Dengan ukhwah yang terjalin, aktiviti yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan diberkati. 


GOTONG ROYONG MEMASAK 

JAMUAN MAKAN

Aktiviti POTLUCK

Ibu-ibu KTC 3 selalu buat jamuan makan. Malah aktiviti berlaku pada setiap hari tetapi berlainan rumah. Menarik kan. Ibu-ibu di sini saling mengambil giliran untuk mengadakan jamuan makan. paling menarik adalah, tuan rumah tidak perlu menyediakan makanan yang banyak tetapi cukup sekadar satu hidangan. Ini kerana, rakan-rakan yang akan bertandang ke rumah juga akan membawa hidangan masing-masing. Ini merupakan aktiviti yang sangat menarik di samping dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.






Begitu rapatnya hubungan antara jiran tetangga yang diamalkan oleh penduduk KTC 3. Seperti yang dinyatakan dalam islam, menjaga hubungan antara jiran ataupun tetangga merupakan satu kewajipan dan amat mulia diamalkan. Seperti dalam firman Allah SWT sebagai berikut:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ

وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh , dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”. (QS. An-Nisa ayat 36)

Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara penduduk KTC 3 ini semakin kuat, harmoni serta dapat memberi teladan kepada penduduk sekitar. 


Tuesday, August 23, 2016

PERNIAGAAN ONLINE DARI RUMAH

BERNIAGA DARI RUMAH

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : ABAYASIFU & SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T

Sepanjang menjalankan perniagaan berasaskan online, begitu banyak pengalaman dan selalu mengalami proses naik turun dalam bisnes. Rupanya begitu penat menjalankan perniagaan secara online. Bukan tugas yang mudah walaupun bekerja dari rumah kerana perlu menyediakan keperluan keluarga malah perlu melayani mesej-mesej dari pelanggan.

Melalui perniagaan online, kita kena jawab pertanyaan pelanggan satu persatu tanpa melihat wajah sebenar. Ini adalah satu proses yang sukar kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan pelanggan tanpa melihat wajah mereka. Kita perlu pandai mengambil hati bakal pelanggan yang akan membeli produk daripada kita.

Apatah lagi apabila membuat urusan jual beli pakaian. Begitu banyak kriteria yang perlu diambil kira bermula dari material, ukuran, warna dan juga design. Memang setiap masa perlu alert dengan bunyi telefon. Begitu sukarnya berurus niaga online. Bukan satu pekerjaan yang mudah. Alhamdulillah untuk bisnes pakaian muslimah saya hanya menjalankan secara dropships, di mana tidak perlu memegang stok dan juga proses pengeposan. Walaupun keuntungan yang diperolehi tidak begitu banyak, tetapi ilmu dalam bisnes sangat berharga, disamping sokongan yang kuat dalam jemaah ABAYASIFU.



Selain itu, saya juga melakukan jualan produk daripada SHAKLEE. Terdapat pelbagai jenis produk Shaklee dan set cadangan kesihatan Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil, berpantang, penyusuan bayi, kecantikan kulit, pengurusan berat badan, masalah kesuburan, kesihatan kanak-kanak, kurang selera makan, masalah gout/sendi/tulang dan pelbagai lagi. SHAKLEE merupakan produk kesihatan yang sangat dipercayai dan terbukti keberkesanannya serta selamat digunakan. Melalui SHAKLEE, saya dapat berkongsi ilmu kesihatan serta dapat meningkatkan tahap kesihatan kepada setiap pelanggan yang berurusan bagi mendapatkan konsultasi tentang vitamin yang mereka akan amalkan. Ini dapat memberi kepuasan kepada saya apabila pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Alhamdulillah, semua ini dengan keizinan Allah. Nikmat kesihatan yang perlu disyukuri yang kita sering lupa. Bila sakit barulah kita nak ingat kepada yang MAHA Pencipta. Samada disebabkan pengambilan shaklee atau apa sahaja usaha yang kita lakukan, semua nikmat ini dari ALLAH S.W.T. Cuma kita sebagai manusia, hendaklah berusaha untuk kekal sihat agar kita dapat sempurnakan ibadah yang telah diwajibkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini. Sekarang, saya merasa selesa bersama vitamin dari shaklee dan teruskan pengambilan vitamin dari shaklee.


Melalui perniagaan ini, ianya mengajar erti kesusahan dan pengorbanan. Seronok sebenarnya berniaga tetapi apabila timbulnya masalah, pening juga mencari jalan penyelesaian. Walaupun untung yang diperolehi sedikit pada permulaannya, tetapi kepuasan dan ilmu perniagaan itu yang lebih berharga. Bak kata pepatah " sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Bermula dengan langkah yang kecil, tetapi pulangan di kemudian hari adalah lebih bermakna
  1. Untuk pre-order ABAYASIFU
  2. Untuk konsultasi dan berminat untuk mendapat produk shaklee atau keahlian Shaklee, 

jangan segan silu hubungi saya :


Thursday, August 18, 2016

PERJALANANKU MENEMPUHI KELAS ABDR

PERJALANAN ABDR 2014 ~ 2016

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : ABDR

Assalamualaikum W.B.T

Begitu sukarnya perjalanan saya untuk menghabiskan kelas online asas blog penulisan dan bisnes ini. Tetapi perjalanan yang panjang itu sangat berbaloi dan tidak ternilai harganya. Walaupun pada permulaanya agak sempurna iaitu saya berguru dengan Pn Khairunnisa Hamzahara, tetapi tidak sampai separuh jalan, cikgu nisa mengalami masalah untuk meneruskan kelas online bersama saya. Saya diserahkan kepada Pn Masayu Ahmad. Saya berasa sangat kecewa, sedih dan terus hilang semangat. Begitu lama berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Akhirnya pada JULY 2016, saya sendiri menghubungi Pn Masayu Ahmad dan menyatakan hasrat untuk meneruskan kelas asas blog penulisan dan bisnes ini. Alhamdulillah keputusan yang diambil adalah tepat dan akhirnya saya dapat menghabiskan 44 entri yang ditugaskan walaupun perjalanannya hampir 3 tahun. Dengan pakej RM300.00, peluang menyertai jemaah ABDR sangat berharga dan tidak ternilai dengan harganya. Ilmu yang diberikan sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis serta bisnes. 

Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata. Walaupun perjalanannya sukar dan panjang yakinlah ALLAH pasti akan memberi petunjuk yang terbaik.

Justeru, andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah (ABDR). Ahli jemaah dalam ABDR merupakan kumpulan sokongan yang terbaik serta saling memberi bantuan dalam bentuk pandangan ataupun ilmu yang mereka ada.

Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah:-

  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes secara online ataupun atas talian.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan. 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM. 
  • Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

  • Menulis secara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu yang formal. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pembaca suka dan berkunjung lagi ke blog kita.
  • Membina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk mendapatkan momentum kemahiran menulis secara baik.
  • Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak mengetahui cara yang betul dan tepat, menulis boleh dilatih jika mengetahui teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Bagi kepada golongan wanita yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah ABDR merupakan platform terbaik. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan usaha, doa dan harapan, pastinya Allah akan permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


BALIK KG. FELDA LAWIN SELATAN - BAHAGIAN 2

MUSIM BUAH-BUAHAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI

Assalamualaikum W.B.T

Sungguh tenang dan damai apabila berada di kampung. Rumah dikelilingi dengan pohon yang dilebati dengan hasil buah. Rumah abah dikelilingi dengan pokok rambutan. Alhamdulillah, kepulangan kali ini disambut dengan kemeriahan buah rambutan dan buah manggis. Sungguh nikmat apabila merasai hasil tanaman abah. Tidak perlu beli, tetapi hanya perlu petik di pokok. 

Abah membuat keputusan yang tepat apabila mahu berhijrah dan menetap di FELDA LAWIN SELATAN. Dengan keluasan tanah yang agak luas, maka abah berpeluang untuk menanam pelbagai pokok buah dan pokok lain. Apabila di ingat kembali waktu permulaan berhijrah ke FELDA, begitu kuat sekali abah dan emak menempuh cabaran dan dugaan. Sungguh nikmat itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang gigih.







Nikmatnya berada di kampung halaman. Begitu tenang dan aman serta kagum dengan semangat kejiranan yang sangat kuat antara peneroka. Semoga generasi di FELDA sentiasa bersyukur dan ingatlah perjuangan ibubapa yang telah bersusah payah berjuang sewaktu era permulaan penubuhan perkampungan FELDA.

Wednesday, August 17, 2016

BALIK KG. FELDA LAWIN SELATAN - BAHAGIAN 1

KENDURI DOA SELAMAT HARI LAHIR AAKIF AIMAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI

Assalamualaikum W.B.T

Akibat terlalu lama bercuti dari menulis coretan dalam blog ini, maka bukan mudah untuk mengumpul kembali semangat untuk menulis. Pengajarannya adalah menulislah setiap hari walaupun hanya coretan yang pendek. Ini merupakan peringatan dan pengajaran yang sangat penting dalam memastikan momentum menulis sentiasa aktif.

Cuti hujung minggu yang lalu diisi dengan peluang untuk balik ke tanah FELDA LAWIN SELATAN. Alhamdulillah, memang niat awal untuk pulng ke kampung adalah untuk membuat majlis makan-makan untuk menyambut hari kelahiran anak yang kedua. Tetapi, abah dan emak membuat keputusan untuk membuat majlis doa selamat dan kesyukuran bagi meraikan hari kelahiran cucunya yang kedua serta kejayaan adikku yang sudah tamat pengajian diploma. Walaupun dibuat secara sederhana dan agak kelam kabut kerana tiada persediaan awal, tetapi majlis berjalan dengan lancar. Sungguh hati sangat gembira kerana melihat kepuasan pada raut wajah abah dan emak. Jom layan gambar sekitar majlis.

PERSEDIAAN RENDANG

RENDANG AYAM

PULUT KUNING

MAJLIS DOA SELAMAT

AAKIF POTONG KEK

Begitu besar nikmat yang diperolehi apabila kita menyediakan makanan kepada orang ramai. Memberi jamuan itu termasuk ibadah yang terpuji dan dianjurkan kerana ia termasuk sedekah yang dianjurkan oleh islam.

Thursday, August 11, 2016

Doa Melembutkan Hati Anak dan Membentuk Peribadi Mulia

Doa Melembutkan hati anak yang degil

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google 

Assalamualaikum W.B.T

Kita ini termasuk diri saya sendiri cepat menghukum anak walaupun untuk keasalahan yang kecil dan remeh. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita sebagai ibubapa selalu menunjukkan sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka. Kita suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan anak degil dan bermasalah dengan kita. Bukan salah anak kalau dia degil dan bermasalah tetapi letakkan kesalahan itu kepada diri kita dahulu. Imbas kembali adakah kita sebagai anak pernah menyebabkan ibubapa kita berdukacita dengan sikap kita? Adakah kita pernah melanggar suruhan Allah s.w.t? Renungkan ini dahulu.

Sedangkan Nabi s.aw. pun cukup hormat dan sayang kepada anak-anak apabila bertemu dengan mereka kerana mereka ini tidak berdosa. Inikan pula kita ibubapa yang banyak cacat celanya. Ada pelbagai lagi cara dan pendekatan yang lemah lembut untuk mendidik anak-anak selain merotan dan mengherdik. Antaranya ialah dengan berdoa. 



Inilah doa yang saya amalkan setiap malam ketika anak tidur. InsyaAllah saya yakin amalan doa ini boleh melembutkan hati anak-anak dan membentuk peribadi mereka.

@1. Membaca surah Thaha ayat 1-5


@2. Membaca Surah Al-Insyirah



@3. Ayat 19 Surah As-Syura


Mungkin ada banyak lagi doa yang boleh kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan juga kita sebagai ibubapa. Saya berharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan manfaat kepada kita semua.


UBAT BATUK SEMULAJADI daripada BUAH NENAS

ALTERNATIF UBAT BATUK

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google dan Sendiri 

Assalamualaikum W.B.T

Beberapa minggu yang lalu seisi keluarga dijangkiti batuk. Kebetulan pada ketika itu, viral di FACEBOOK, ubat batuk boleh dibuat sendiri dengan menggunakan buah nanas. Oleh itu, saya telah mengambil alternatif untuk membuat ubat batuk sendiri. Dijamin selamat tanpa bahan kimia. Alhamdulillah, mendapat kesan yang positif di mana batuk semain berkurangan dan sembuh tanpa rawatan ubat hospital atau klinik.



Buah nenas apabila sudah masak, pasti akan memenuhi citarasa manis, rasa yang enak dan sedap. Selain itu, tabiat memakan nenas akan membri manfaat untuk kesihatan. Nenas sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi jumlah yang rendah lemak dan juga kolestrolnya. Buah Nenas dikatakan mempunyai sumber vitamin C yang baik dan bertindak memberi pelindungan yang sangat baik daripada radikal bebas. Oleh itu, nenas amat baik untuk merawati selsema dan batuk. Jadi, dapat dilihat disini jus nenas boleh membantu dalam proses rawatan demam, batuk ataupun selsema. 


CARA MEMBUAT UBAT BATUK (kredit : FACEBOOK Norashikin Bt Hasan)







TESTIMONIAL SHEPHERD PIE

SHEPHERD PIE MARVELOUS

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Sendiri 

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah sudah seminggu bisnes SHEPHERD PIE beroperasi. Terima kasih kepada semua pelanggan. Alhamdulillah mendapat maklum balas yang positif. Semoga dengan ini bisnes akan bertambah maju dan dapat membantu orang ramai merasai SHEPHERD PIE pada harga yang sangat berpatutan. Suka di sini saya ingin berkongsi maklum balas dari pelanggan yang sudah merasai SHEPHERD PIE.





BISNES SHEPHERD PIE

AGEN SHEPHERD PIE

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Sendiri 

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, di sini saya ingin menguarkan-uarkan bahawa saya adalah agen SHEPHERD PIE dari WHS SHEPHERD PIE. Saya kira ini adalah permulaan yang baik untuk menjalankan bisnes dalam bidang pemakanan. Buat masa ini, saya masih memperkenalkan harga promosi kepada semua pelanggan. Oleh itu di jemput semua warga KULIM untuk merasai SHEPHERD PIE yang sangat sedap. Pastinya ia tidak mengecewakan anda.

PROMO! PROMO! PROMO!!!!

JUALAN PENGENALAN SHEPHERD'S PIE dari MARVELOUS Kitchen - SETIAP PIE DI BERI DISKAUN SSEBANYAK RM0.50!!!

HARGA PROMOSI RM 6.00
HARGA ASAL RM6.50

📝 OPEN ORDER SHEPHERD'S PIE UNTUK MINGGU HADAPAN
📝 Simpan freezer tahan sebulan, Nak makan panaskan sahaja.

🍴 AYAM (CHICKEN)
🍴 AYAM SHITAKE (CHICKEN SHITAKE)
🍴 DAGING (BEEF)
🍴 DAGING SHITAKE (BEEF SHITAKE)
🍴 KAMBING (LAMB)
🍴 SAYURAN (VEGETABLE)

🚗 COD/FREE DELIVERY DI KULIM,K.LAMA,HI TECH DAN SEKITAR TERDEKAT DGNNYA

📢 CAJ PENGHANTARAN RM2 DIKENAKAN PD PEMBELIAN KURANG DR 2 BEKAS DAN DILUAR KWSN COD.

🕓 COD BERMULA JAM 12 TGHARI - 10 MLM.

☎ ORDER DIRECT WHATSAPP SY 0134891885 @ 0134881012








Wednesday, August 10, 2016

PANDUAN TANGANI SUSU LAJU.

Pengaliran Susu Ibu Laju

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google  

Assalamualaikum W.B.T

Pengalaman susu badan keluar laju di mana pernah dihadapi sewaktu perjalanan menyusukan kedua-dua anak. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kedua-dua anak saya. Susu badan keluar terlalu banyak sehingga menyebabkan payudara bengkak, anak saya sukar bernafas dan termengah-mengah ketika menyusu. Ini merupakan petanda di mana susu badan banyak dan menyebabkan aliran susu menjadi laju.

Bagi menangani masalah aliran susu terlalu laju, berikut amalan yang saya lakukan :-

  • Boleh praktikan posisi seperti CRADLE HOLD, ELEVATED FOOTBALL(BAYI BERADA DLM KEADAAN HAMPIR DUDUK DAN MENGHADAP PAYUDARA), SIDE LYING POSITION. Di antara posisi yang dinyatakan saya lebih mengemari SIDE LYING POSITION di mana bayi boleh mengalirkan susu keluar dari sisi mulut jika terlalu banyak atau laju.

  • Susukan bayi dengan lebih kerap supaya bekalan susu yang terkumpul pada satu-satu masa tidak terlalu banyak.

  • Cuba susukan bayi ketika dia mengatuk atau berada dalam keadaan tenang. Ini kerana, pada ketika itu bayi akan menghisap dengan lebih perlahan dan pada masa yang sama aliran susu juga menjadi perlahan.

  • Susukan bayi sehingga merasai pancutan refleks, kemudian lepaskan hisapan bayi. Tekap payudara dengan menggunakan tuala atau breat pad. Apabila aliran susu mulai perlahan, sambung semula sesi penyusuan.

KEPENTINGAN BERMAIN UNTUK ANAK KECIL

Biarkan Anak Kecil Bermain

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google  

Assalamualaikum W.B.T


Memang saya agak kurang menggemari apabila rumah bersepah dengan barang permainan anak-anak. Tetapi apabila mengetahui bahawa kepentingan bermain dalam proses perkembangan anak kecil, ibu bapa hendaklah bersabar dan meluangkan masa untuk bermain bersama-sama anak.

Bermain bukan bermakna melambakkan alat mainan yang mahal di depan anak. Sebaliknya permainan yang baik adlah permainan yang mampu mengeluarkan potensi diri anak-anak. Bermain merupakan aktiviti yang penting untuk kehidupan kanak-kanak.

Permainan bukan sahaja membantu kreativiti, malah boleh membantu kanak-kanak untuk berkeyakinan lebih tinggi kurang tekanan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamatnya tercapai, si kecil akan berasa puas dan ini akan membantu membina keyakinan diri.

Berikut jenis permainan yang boleh dipraktikkan :-

AKTIF, PERMAINAN FIZIKAL 
Kanak-kanak sepatutnya menjadi seorang yang aktif dan cergas. Oleh itu aktiviti seperti berlari, berpusing, bermain buaian atau berguling-guling boleh membantu.


DRAMATIK, PERMAINAN IMAGINATIF
Jenis permainan ini adalah jenis permainan yang boleh mengembangkan daya imaginasi si kecil. Contohnya melakonkan watak dalam siri cerita dogeng rakyat.

KREATIF, PERMAINAN EKSPRESIF
Kanak-kanak bebas untuk mencipta apa sahaja yang bermain di minda mereka. Ia termasuk melukis, memotong, menjahit, melukis, membina, memintal dan menulis.

PERMAINAN SOSIAL
Permainan sosial adalah kaitan dengan interaksi dengan orang sekeliling terutama dengan kanak-kanak lain. Aktiviti permainan sosial melibatkan permainan yang melibatkan kumpulan, bercakap antara satu sama lain seperti bermain pondok-pondok.



PERMAINAN MENTAL
Permainan mental ialah aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Contohnya mengingati permainan kad imbasan.


Kesimpulanya di sini, berikan kebebasan untuk anak kecil kita bermain dengan sepuas hati. Jangan dihalang dan dimarahi sekiranya melakukan kesilapan tetapi membuat teguran secara berhemah.



Tuesday, August 9, 2016

PETUA LANCARKAN PROSES KELAHIRAN

6 CARA LANCARKAN PROSES KELAHIRAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google  

Assalamualaikum W.B.T

Pengalaman melahirkan 2 orang anak secara normal merupakan anugerah dan  pengalaman yang paling indah, alhamdulillah. Walau pada zahirnya nampak perit, kita sebagai umat tetap redha dengan ketentuanNya. Petua mudah bersalin sering di 'google' oleh setiap wanita termasuklah diri saya sendiri.

Sakit bersalin memang sukar nak digambarkan melainkan kita sendiri yang laluinya. Doa, redha dari suami dan ibu sangat2 diperlukan. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza. Walaupun dah anak ke berapa kita lahirkan anak, ilmu dan persedian untuk melahirkan anak PERLU ADA supaya nanti kita tak panik bila 'moment' tu tiba.

Antara petua mudah bersalin yang boleh diamalkan:

1) BERSENAM 



Ini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang betul apabila proses bersalin bermula sekaligus mengurangkan tempoh masa bersalin. Tanya pendapat doktor jenis senaman yang sesuai untuk ibu hamil amalkan.

2) SENAMAN LANTAI PELVIK



Senaman ini dapat mengurangkan tempoh masa di fasa kedua proses kelahiran

3) BERJALAN

Jangan hanya berbaring. Biarkan graviti membantu dengan sambil berjalan dapat mengurangkan rasa sakit dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tempoh bersalin.

4) BERTENANG

Jangan kelam-kabut dan gelisahkan diri. Aplikasikan teknik pernafasan yang betul sepanjang berda dalam bilik bersalin.

5) URUTAN

Dapatkan bantuan suami untuk mengurut bahagian tubuh yang mengalami ketidakselesaan terutamanya di bahagian belakang.

6) BANYAKKAN BERZIKIR DAN BERDOA DIPERMUDAHKAN URUSAN BERSALIN


Amalan rohani jangan sesekali kita lupa. Banyakkan membaca Al Quran, baca Yaasin terutama sebulan terakhir sebelum melahirkan, solat fardhu disegerakan jangan ditangguh, solat taubat, dhuha dan zikir yang tak lekang di bibir. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Selain itu sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan ESP dan ostematrix disamping vitamin-vitamin lain. Dari sebelum hamil lagi saya sudah makan ESP dan ostematrix. ESP dapat membantu memberi tenaga yang segera kepada badan serta nutrien-nutrien yang di perlukan oleh badan.



10 CARA KURANGKAN MASALAH DENGKURAN

MASALAH DENGKURAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google

Assalamualaikum W.B.T

Masalah dengkuran dikatakan berkait rapat dengan aliran darah ke jantung dan otak di mana ia telah diganggu oleh pernafasan tidak lancar ketika tidur. Hal ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu segera mendapat rawatan kerana, lama-kelamaan ia boleh mengganggu kesihatan jantung. 



Berikut disertakan beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah dengkuran :-
  1. Elakkan bekerja terlalu kuat.
  2. Rajin menbersihkan saluran pernafasan iaitu rongga hidung dan mulut sebelum tidur.
  3. Berhenti tabiat merokok atau mengambil minuman keras.
  4. Kurangkan pengambilan makanan berlemak kerana ia boleh mengakibatkan masalah gastrik sekaligus akan menganggu saluran pernafasan.
  5. Banyakkan bersenam untuk kurangkan berat badan.
  6. Cuba tidur dalam keadaan mengiring serta pada masa yang sama, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi daripada kaki bagi melancarkan saluran pernafasan.
  7. Mandi mengunakan air suam.
  8. Campurkan sedikit garam dalam air mandian bagi mengelakkan hidung tersumbat.
  9. Segera tukar bantal kerana mungkin ia berdebu dan membuatkan alergi.
  10. Minum banyak air kerana mungkin badan mengalami dehidrasi sewaktu tidur. 
Berdengkur bukan bahan jenaka atau kebisingan yang berlaku sewaktu tidur sahaja. Individu yang mengalami keadaan ini dikatakan berisiko untuk terkena penyakit angin ammar berbanding individu yang tidur seperti biasa iaitu tiada masalh dengkuran yang serius.


ATASI TIDUR BERDENGKUR SEBELUM IA MENJADI LEBIH SERIUS !!!

CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH BERDENGKUR


  • Vitamin E mempunyai antioksida & membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. 
  • Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.


  • Omega Guard mempunyai DHA and EPA di mana dapat membantu melincirkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar.
  • Omega Guard efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah dengkuran ketika tidur

Untuk konsultasi dan berminat untuk mendapat produk shaklee atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya .


sms/pm/whatsapp : 0134891885
email : sitishawalriahsharif@gmail.com
FB: Ctshawal Sharif


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, August 6, 2016

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

Nikmat Kasih Sayang Allah

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google

Assalamualaikum W.B.T

Saya ingin mengongsikan ilmu tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Aminah. Usatazah Aminah juga ada menerangkan tentang hubungan manusia dengan Allah. Hubungan antara Allah dan yang diciptakanNYA iaitu manusia adalah suatu hubungan yang tidak mungkin dipisahkan. Manusia sebagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, wajiblah kita beriman kepadaNYA dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH SWT.



ANTARA PEKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT :-

  1. Jangan takut akan berkurang rezeki, takut susah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Oleh kerana gedung rezeki Allah tidak pernah berkurangan dan Allah pasti akan memberi rezeki kepada hambanya yang mengejar kekayaan akhirat dengan menyediakan bekalan ibadah kepada ALLAH. Jaga AKHIRAT, Selamat Dunia.
  2. ALLAH bertanggugjawab dengan hambaNYA. Begitu tinggi kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Jadi kita sebagai hambaNYA, hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti amal ibadah kita kepada yang MAHA ESA untuk menunjukkan kasih sayang kita kepad ALLAH. Lakukan perkara kebaikan dan tidak lakukan kejahatan.
  3. Jangan mudah dengan tipu daya syaitan. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berdoa agar diteguhkan keimanan dan istiqamah di jalan ALLAH.
  4. Allah yang menyediakan duniawi dan menyediakan pilihan samada kebaikan atau kejahatan. Hendak merasai nikmat ALLAH, pastinya pilihlah jalan kebaikan.
  5. Tanamlah sifat takut kepada ALLAH. Sebut nama ALLAH dan sebut dan ingat kematian.
  6. Redha dengan setiap dugaan atau bala yang diturunkan Allah. Allah pasti akan menguji keimanan setiap hambanya dengan memberi dugaan atau bala. Muhasabah diri dan kukuhkan hungbungan dengan ALLAH.
  7. Tuntutlah ilmu ALLAH selama mana hidup. Kita berhajat kepada ALLAH, tetapi mengikari tuntutan ALLAH. Oleh itu, perbaiki diri menjadi hamba yang baik. Diri sendiri sudah bersih, berhajatlah kepada ALLAH. Pasti ALLAH akan memakbulkan hajat hamba yang berdoa kepadaNYA.



KENAPA MUDAH LUPA?

KENAPA ILMU YANG DIPELAJARI MUDAH LUPA

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google

Assalamualaikum W.B.T

Pada 8 Ogos 2016 bersamaan 3 Zulkaedah 1437H, saya berpeluang mengikuti tazkirah dhuha di surau Taman KTC 3. Banyak ilmu yang dipelajari. Begitu tegas Ustazah Aminah menyampaikan tazkirah. Sungguh berharga ilmu yang diberikan. Suka di sini saya mahu kongsikan sedikit ilmu. Salah satunya adalah faktor-faktor yang menyebabkan kita mudah menjadi pelupa. 


Pandangan alim ulamak menyatakan faktor di bawah boleh menyebabkan penyakit lupa.

1) Banyak Dosa.

2) Buah-Buahan yang Masam - Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.

3) Membaca nama2 di batu nisan kubur.

4) Berbekam pada tengkok kepala.

5) Berjalan atau melalui unta yang dirakit. 

6) Membaca nama yang tertera di batu nisan kubur

Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa

Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Kepada yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat sama seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.

Sering bercakap bohong : Sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.

Selalu memungkiri janji : Tidak menepati janji boleh menyebabkan lupa.

Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang itu.

Cara untuk mengatasi masalah lupa

  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal

Thursday, August 4, 2016

MASALAH SEWAKTU HAMIL

TIPS MUDAH ATASI ALAHAN KETIKA HAMIL

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google

Assalamualaikum W.B.T

Anda sering mengalami masalah ketika hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan pelbagai masalah lain sama ada besar ataupun kecil masalh yang dihadapi. Berikut tip yang boleh dilakukan untuk mengatasi dan seterusnya dapat membantu menikmati saat kehamilan yang membahagiakan dan menyenangkan:-

MUAL & MUNTAH 

Ia merupakan masalah biasa yang menyerang bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang dialami pada trimester pertama memang mengganggu keselesaan wanita. Ianya terjadi kerana perubahan dalam dan bertindak balas dalam cara yang berbeza. Biasanya rasa mual dan muntah ketika hamil akan berhenti selepas tiga bulan. Tip :-

  • Banyakkan berehat dan baring dengan meletakkan bantal di bawah kepala dan kaki
  • Minum banyak air iaitu sekitar 10 ~ 12 gelas air suam, jus buah atau teh herba.
  • Hirup udara segar dan lakukan senaman berjalan kaki setiap hari.
  • Makan dalm kuantiti sedikit tetapi kerap, setiap dua atau tiga jam walaupun tidak berasa lapar.
  • Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak, pedas atau berkafein.
PENDARAHAN

Pendarahan ketika awal kehamilan adalah normal. Seawal 7 ke 9 hari kehamilan, mungkin akan mengalaminya kerana proses penembusan embrio ke dalam dinding rahim. Kesan darahnya adalah sedikit tetapi jika anda melihat sebarang pendarahan yang membimbangkan segeralah berjumpa doktor.Pendarahan yang berlaku mungkin menunjukkan kepada beberapa masalah seperti :-

  • Kehamilan ektopik.
  • Jangkitan pada vagina.
  • Masalah pada plasenta.
PEDIH ULU HATI

Kebanyakkan wanita akan mengalami masalah ini buat pertama kali semasa hamil dan walaupun ia biasa dan tidak memudaratkan tetapi ianya agak tidak menyelesakan. Tip :-
  • Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak terutama makanan pedas dan bergoreng.
  • Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul. Elakkan minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan.
  • Jangan bongkok atau baring selepas makan.
  • Jangan pakai pakaian untuk wanita hamil yang ketat.
  • Minum segelas air sebelum tidur waktu malam dan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda.
SEMBELIT

Mengalaminya pasti akan membuatkan bakal ibu tidak selesa. Sembelit biasanya disebakan oleh perubahan diet, kekerapan mengembara, ubat-ubatan, tekanan dan lain-lain lagi. Tip :-
  • Minum air yang banyak ( 8 gelas sehari ). Ambil air lemon suam sebelum makan.
  • Banyakkan makanan yang berserat seperti buah ataupun sayur-sayuran.
  • Kurangkan kopi, teh, susu dan makanan dari sumber susu.
  • Tukarkan gaya hidup dengan lebihkan senaman. Senaman akan membantu pergerakan otot-otot usus anda.
  • Amalkan pengambilan vitamin c sekurang-kurangnya 1000mg sehari
KESAN RENGANGAN
Ianya terjadi bila berlakunya peningkatan berat badan secara mendadak dan lemak terkumpul di bahagian tersebut. Kawasan yang paling kerap diserang kesan rengangan adalah perut. Tip :-
  • Pelembap - pilih losen yang sesuai.
  • Urutan - membantu kawasan berkaitan lebih lembut dan merangsang tisu-tisu baru tumbuh.
  • Diet - Makan makanan sihat dan kunyah snek bebas lemak. Diet yang kaya dengan mineral dan protein juga boleh meminimumkan kesan rengangan.
SAKIT TULANG BELAKANG


Sakit belakang semasa hamil adalah pekara biasa yang berlaku. Ianya selalu berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Tip :-
  • Makan makanan tambahan kesihatan yang mengandungi kalsium adalah sangat penting untuk ibu hamil. Selalunya ianya disertakan bersama vitamin yang diambil contohnya obimin. Tetapi dalam set hamil SHAKLEE, keperluan makanan tambahan memang mengikut keperluan ibu hamil.

Untuk konsultasi dan berminat untuk mendapat produk shaklee atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya .

sms/pm/whatsapp : 0134891885
email : sitishawalriahsharif@gmail.com
FB: Ctshawal Sharif


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...