Thursday, August 25, 2016

IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3

Assalamualaikum W.B.T

Sudah hampir 3 tahun saya berpindah dan menetap di TAMAN KTC 3 KULIM HI-TECH. Tetapi baru sahaja beberapa bulan ini saya bergaul dan bersosial dengan kaum ibu di taman KTC 3 ini. Apabila diimbas kembali, ruginya saya kerana tidak melibatkan diri dengan aktiviti sosial dari awal berpindah ke taman ini. Bermula dari aktiviti surau, kenduri ataupun apa sahaja aktiviti mesti dilakukan secara bergotong royong. Sungguh, masyarakat yang menetap di taman KTC3 ini begitu rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Setiap hari, minggu ataupun bulan, pasti ada sahaja aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti SURAU AR-RAHMAN KTC3

AJK surau Taman KTC 3, sentiasa akan menjemput ilmuan agama untuk memberi ceramah sebagai santapan rohani masyarakat di sekitar sini. Selain itu, pelbagai aktiviti di lakukan di surau ini seperti kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, bacaan Yasin, aktiviti memanah dan lain-lain lagi. Dengan ukhwah yang terjalin, aktiviti yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan diberkati. 


GOTONG ROYONG MEMASAK 

JAMUAN MAKAN

Aktiviti POTLUCK

Ibu-ibu KTC 3 selalu buat jamuan makan. Malah aktiviti berlaku pada setiap hari tetapi berlainan rumah. Menarik kan. Ibu-ibu di sini saling mengambil giliran untuk mengadakan jamuan makan. paling menarik adalah, tuan rumah tidak perlu menyediakan makanan yang banyak tetapi cukup sekadar satu hidangan. Ini kerana, rakan-rakan yang akan bertandang ke rumah juga akan membawa hidangan masing-masing. Ini merupakan aktiviti yang sangat menarik di samping dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.






Begitu rapatnya hubungan antara jiran tetangga yang diamalkan oleh penduduk KTC 3. Seperti yang dinyatakan dalam islam, menjaga hubungan antara jiran ataupun tetangga merupakan satu kewajipan dan amat mulia diamalkan. Seperti dalam firman Allah SWT sebagai berikut:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ

وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh , dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”. (QS. An-Nisa ayat 36)

Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara penduduk KTC 3 ini semakin kuat, harmoni serta dapat memberi teladan kepada penduduk sekitar. 


Tuesday, August 23, 2016

PERNIAGAAN ONLINE DARI RUMAH

BERNIAGA DARI RUMAH

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : ABAYASIFU & SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T

Sepanjang menjalankan perniagaan berasaskan online, begitu banyak pengalaman dan selalu mengalami proses naik turun dalam bisnes. Rupanya begitu penat menjalankan perniagaan secara online. Bukan tugas yang mudah walaupun bekerja dari rumah kerana perlu menyediakan keperluan keluarga malah perlu melayani mesej-mesej dari pelanggan.

Melalui perniagaan online, kita kena jawab pertanyaan pelanggan satu persatu tanpa melihat wajah sebenar. Ini adalah satu proses yang sukar kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan pelanggan tanpa melihat wajah mereka. Kita perlu pandai mengambil hati bakal pelanggan yang akan membeli produk daripada kita.

Apatah lagi apabila membuat urusan jual beli pakaian. Begitu banyak kriteria yang perlu diambil kira bermula dari material, ukuran, warna dan juga design. Memang setiap masa perlu alert dengan bunyi telefon. Begitu sukarnya berurus niaga online. Bukan satu pekerjaan yang mudah. Alhamdulillah untuk bisnes pakaian muslimah saya hanya menjalankan secara dropships, di mana tidak perlu memegang stok dan juga proses pengeposan. Walaupun keuntungan yang diperolehi tidak begitu banyak, tetapi ilmu dalam bisnes sangat berharga, disamping sokongan yang kuat dalam jemaah ABAYASIFU.



Selain itu, saya juga melakukan jualan produk daripada SHAKLEE. Terdapat pelbagai jenis produk Shaklee dan set cadangan kesihatan Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil, berpantang, penyusuan bayi, kecantikan kulit, pengurusan berat badan, masalah kesuburan, kesihatan kanak-kanak, kurang selera makan, masalah gout/sendi/tulang dan pelbagai lagi. SHAKLEE merupakan produk kesihatan yang sangat dipercayai dan terbukti keberkesanannya serta selamat digunakan. Melalui SHAKLEE, saya dapat berkongsi ilmu kesihatan serta dapat meningkatkan tahap kesihatan kepada setiap pelanggan yang berurusan bagi mendapatkan konsultasi tentang vitamin yang mereka akan amalkan. Ini dapat memberi kepuasan kepada saya apabila pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Alhamdulillah, semua ini dengan keizinan Allah. Nikmat kesihatan yang perlu disyukuri yang kita sering lupa. Bila sakit barulah kita nak ingat kepada yang MAHA Pencipta. Samada disebabkan pengambilan shaklee atau apa sahaja usaha yang kita lakukan, semua nikmat ini dari ALLAH S.W.T. Cuma kita sebagai manusia, hendaklah berusaha untuk kekal sihat agar kita dapat sempurnakan ibadah yang telah diwajibkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini. Sekarang, saya merasa selesa bersama vitamin dari shaklee dan teruskan pengambilan vitamin dari shaklee.


Melalui perniagaan ini, ianya mengajar erti kesusahan dan pengorbanan. Seronok sebenarnya berniaga tetapi apabila timbulnya masalah, pening juga mencari jalan penyelesaian. Walaupun untung yang diperolehi sedikit pada permulaannya, tetapi kepuasan dan ilmu perniagaan itu yang lebih berharga. Bak kata pepatah " sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Bermula dengan langkah yang kecil, tetapi pulangan di kemudian hari adalah lebih bermakna
  1. Untuk pre-order ABAYASIFU
  2. Untuk konsultasi dan berminat untuk mendapat produk shaklee atau keahlian Shaklee, 

jangan segan silu hubungi saya :


Thursday, August 18, 2016

PERJALANANKU MENEMPUHI KELAS ABDR

PERJALANAN ABDR 2014 ~ 2016

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : ABDR

Assalamualaikum W.B.T

Begitu sukarnya perjalanan saya untuk menghabiskan kelas online asas blog penulisan dan bisnes ini. Tetapi perjalanan yang panjang itu sangat berbaloi dan tidak ternilai harganya. Walaupun pada permulaanya agak sempurna iaitu saya berguru dengan Pn Khairunnisa Hamzahara, tetapi tidak sampai separuh jalan, cikgu nisa mengalami masalah untuk meneruskan kelas online bersama saya. Saya diserahkan kepada Pn Masayu Ahmad. Saya berasa sangat kecewa, sedih dan terus hilang semangat. Begitu lama berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Akhirnya pada JULY 2016, saya sendiri menghubungi Pn Masayu Ahmad dan menyatakan hasrat untuk meneruskan kelas asas blog penulisan dan bisnes ini. Alhamdulillah keputusan yang diambil adalah tepat dan akhirnya saya dapat menghabiskan 44 entri yang ditugaskan walaupun perjalanannya hampir 3 tahun. Dengan pakej RM300.00, peluang menyertai jemaah ABDR sangat berharga dan tidak ternilai dengan harganya. Ilmu yang diberikan sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis serta bisnes. 

Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata. Walaupun perjalanannya sukar dan panjang yakinlah ALLAH pasti akan memberi petunjuk yang terbaik.

Justeru, andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah (ABDR). Ahli jemaah dalam ABDR merupakan kumpulan sokongan yang terbaik serta saling memberi bantuan dalam bentuk pandangan ataupun ilmu yang mereka ada.

Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah:-

  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes secara online ataupun atas talian.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan. 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM. 
  • Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

  • Menulis secara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu yang formal. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pembaca suka dan berkunjung lagi ke blog kita.
  • Membina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk mendapatkan momentum kemahiran menulis secara baik.
  • Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak mengetahui cara yang betul dan tepat, menulis boleh dilatih jika mengetahui teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Bagi kepada golongan wanita yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah ABDR merupakan platform terbaik. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan usaha, doa dan harapan, pastinya Allah akan permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


BALIK KG. FELDA LAWIN SELATAN - BAHAGIAN 2

MUSIM BUAH-BUAHAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI

Assalamualaikum W.B.T

Sungguh tenang dan damai apabila berada di kampung. Rumah dikelilingi dengan pohon yang dilebati dengan hasil buah. Rumah abah dikelilingi dengan pokok rambutan. Alhamdulillah, kepulangan kali ini disambut dengan kemeriahan buah rambutan dan buah manggis. Sungguh nikmat apabila merasai hasil tanaman abah. Tidak perlu beli, tetapi hanya perlu petik di pokok. 

Abah membuat keputusan yang tepat apabila mahu berhijrah dan menetap di FELDA LAWIN SELATAN. Dengan keluasan tanah yang agak luas, maka abah berpeluang untuk menanam pelbagai pokok buah dan pokok lain. Apabila di ingat kembali waktu permulaan berhijrah ke FELDA, begitu kuat sekali abah dan emak menempuh cabaran dan dugaan. Sungguh nikmat itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang gigih.







Nikmatnya berada di kampung halaman. Begitu tenang dan aman serta kagum dengan semangat kejiranan yang sangat kuat antara peneroka. Semoga generasi di FELDA sentiasa bersyukur dan ingatlah perjuangan ibubapa yang telah bersusah payah berjuang sewaktu era permulaan penubuhan perkampungan FELDA.

Wednesday, August 17, 2016

BALIK KG. FELDA LAWIN SELATAN - BAHAGIAN 1

KENDURI DOA SELAMAT HARI LAHIR AAKIF AIMAN

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : SENDIRI

Assalamualaikum W.B.T

Akibat terlalu lama bercuti dari menulis coretan dalam blog ini, maka bukan mudah untuk mengumpul kembali semangat untuk menulis. Pengajarannya adalah menulislah setiap hari walaupun hanya coretan yang pendek. Ini merupakan peringatan dan pengajaran yang sangat penting dalam memastikan momentum menulis sentiasa aktif.

Cuti hujung minggu yang lalu diisi dengan peluang untuk balik ke tanah FELDA LAWIN SELATAN. Alhamdulillah, memang niat awal untuk pulng ke kampung adalah untuk membuat majlis makan-makan untuk menyambut hari kelahiran anak yang kedua. Tetapi, abah dan emak membuat keputusan untuk membuat majlis doa selamat dan kesyukuran bagi meraikan hari kelahiran cucunya yang kedua serta kejayaan adikku yang sudah tamat pengajian diploma. Walaupun dibuat secara sederhana dan agak kelam kabut kerana tiada persediaan awal, tetapi majlis berjalan dengan lancar. Sungguh hati sangat gembira kerana melihat kepuasan pada raut wajah abah dan emak. Jom layan gambar sekitar majlis.

PERSEDIAAN RENDANG

RENDANG AYAM

PULUT KUNING

MAJLIS DOA SELAMAT

AAKIF POTONG KEK

Begitu besar nikmat yang diperolehi apabila kita menyediakan makanan kepada orang ramai. Memberi jamuan itu termasuk ibadah yang terpuji dan dianjurkan kerana ia termasuk sedekah yang dianjurkan oleh islam.

Thursday, August 11, 2016

Doa Melembutkan Hati Anak dan Membentuk Peribadi Mulia

Doa Melembutkan hati anak yang degil

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google 

Assalamualaikum W.B.T

Kita ini termasuk diri saya sendiri cepat menghukum anak walaupun untuk keasalahan yang kecil dan remeh. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita sebagai ibubapa selalu menunjukkan sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka. Kita suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan anak degil dan bermasalah dengan kita. Bukan salah anak kalau dia degil dan bermasalah tetapi letakkan kesalahan itu kepada diri kita dahulu. Imbas kembali adakah kita sebagai anak pernah menyebabkan ibubapa kita berdukacita dengan sikap kita? Adakah kita pernah melanggar suruhan Allah s.w.t? Renungkan ini dahulu.

Sedangkan Nabi s.aw. pun cukup hormat dan sayang kepada anak-anak apabila bertemu dengan mereka kerana mereka ini tidak berdosa. Inikan pula kita ibubapa yang banyak cacat celanya. Ada pelbagai lagi cara dan pendekatan yang lemah lembut untuk mendidik anak-anak selain merotan dan mengherdik. Antaranya ialah dengan berdoa. 



Inilah doa yang saya amalkan setiap malam ketika anak tidur. InsyaAllah saya yakin amalan doa ini boleh melembutkan hati anak-anak dan membentuk peribadi mereka.

@1. Membaca surah Thaha ayat 1-5


@2. Membaca Surah Al-Insyirah



@3. Ayat 19 Surah As-Syura


Mungkin ada banyak lagi doa yang boleh kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan juga kita sebagai ibubapa. Saya berharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan manfaat kepada kita semua.


UBAT BATUK SEMULAJADI daripada BUAH NENAS

ALTERNATIF UBAT BATUK

Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Carian Google dan Sendiri 

Assalamualaikum W.B.T

Beberapa minggu yang lalu seisi keluarga dijangkiti batuk. Kebetulan pada ketika itu, viral di FACEBOOK, ubat batuk boleh dibuat sendiri dengan menggunakan buah nanas. Oleh itu, saya telah mengambil alternatif untuk membuat ubat batuk sendiri. Dijamin selamat tanpa bahan kimia. Alhamdulillah, mendapat kesan yang positif di mana batuk semain berkurangan dan sembuh tanpa rawatan ubat hospital atau klinik.



Buah nenas apabila sudah masak, pasti akan memenuhi citarasa manis, rasa yang enak dan sedap. Selain itu, tabiat memakan nenas akan membri manfaat untuk kesihatan. Nenas sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi jumlah yang rendah lemak dan juga kolestrolnya. Buah Nenas dikatakan mempunyai sumber vitamin C yang baik dan bertindak memberi pelindungan yang sangat baik daripada radikal bebas. Oleh itu, nenas amat baik untuk merawati selsema dan batuk. Jadi, dapat dilihat disini jus nenas boleh membantu dalam proses rawatan demam, batuk ataupun selsema. 


CARA MEMBUAT UBAT BATUK (kredit : FACEBOOK Norashikin Bt Hasan)







IKATAN UKHWAH IBU-IBU TAMAN TECHNO CITY KTC 3

SEMANGAT KEJIRANAN LUAR BIASA Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif Foto : Koleksi Ibu-Ibu KTC 3 Assalamualaikum W.B.T Sudah hampir 3 t...