Teks : Siti Shawalriah Binti Sharif
Foto : Sumber GOOGLE
Assalamualaikum W.B.T
Bukan mudah untuk memberi sepenuh perhatian kepada setiap anak-anak yang dianugerahkan kepada kita. pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi bermula dari saat kehamilan, kelahiran dan proses pembesaran. Setiap anak yang dilahirkan adalah suci dan bersih dari segala dosa. Tanggungjawab telah ditetapkan di tangan ibubapa untuk mencorak kehidupan anak-anak kita nanti.
Bersabarlah kita dalam melayani karenah dan ragam anak setiap masa. Berkomunikasilah dengan wajar dan berilah teguran dengan cara yang baik.Janganlah dimarahi atau diherdik sekiranya anak-anak kecil kita melakukan perkara tersebut :-
- ANAK BANYAK BERTANYA
Sekiranya anak-anak kita ingin bermanja ataupun inginkan perhatian, pasti mereka akan selalu banyak bertanya pelbagai soalan. Kita sebagai ibubapa, layanlah anak-anak kita dengan penuh perhatian serta kasih sayang dan janganlah dimarahi atau diherdik walaupun kita dalam keadaan penat pulang dari kerja. Sekiranya kita memarahi atau herdik mereka, ditakuti mereka akan memberontak dan merasa sedih kerana tidak dipedulikan. - MEMBALING OBJEK
Ibubapa mestiada melihat anak kecil suka membaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote control dan sebagainya. Anak-anak kecil ini sebenarnya sedang mengekpresi perasaan sayangnya kepada kita ibubapa. Sebaiknya janganlah dimarahi tetapi memberi teguran secara baik dan menasihati agar mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut. - BERMAIN SEMASA MAKAN
Ibubapa elakkan menjerit dan menengking jika si kecil bermain dengan makanan dan bersepah-sepah. Ketahuilah bahawa anak anda sebenarnya seorang yang bijak kerana mereka sedang mencuba sesuatu yang baru dan sangat menyeronokkan. Perasaan ingin tahu si kecil sangat tinggi dan kita sebagai ibubapa hendaklah cuba bertenang untuk menghadapi situasi. - MENUNJUKKAN HASIL KREATIVITI
Kadang-kadang apabila anak-anak menunjukkan hasil kreativiti kepada ibubapa, pasti kita akan memuji dan memberi kata-kata semangat untuk menghasilkan lebih baik di masa akan datang. Tetapi anak-anak ini pasti akan bertanya cantik ataupun tidak berulang kali sehingga puas hati mereka. Sebagai ibubapa, layanlah anak anda selagi mereka masih seronok. Proses ini adalah dapat membantu sikecil mencari keyakinan dalam diri. Pujian yang diberikan akan dapat mebuatkan mereka lebih yakin dan menjadi lebih baik. - AJAK BERMAIN BERSAMA
Sekiranya si kecil mengajak kita ibubapa bermain bersama, janganlah ditolak ajakan mereka. Di waktu beginilah kita boleh meluangkan masa untuk bermain bersama-sama dan ajaklah anak-anak kita untuk bermain di luar agar dapat melatih aktiviti sosial dengan masyarakat setempat. Di saat beginilah dan waktu yang berharga inilah kita dapat meluangkan masa dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. - BUAT RAGAM
Sekiranya anak-anak kita membuat ragam atau perangai di tempat awam, janganlah kita ibubapa terus menghukum kerana ini hanya akan menambah lagi kesedihan kepada anak-anak kecil ini. Sebagai ibubapa, kita hendaklah pujuk dan cakap dengan nada lembut dan berhemah supaya mereka akan belajar memahami situasi sekeliling.
No comments:
Post a Comment